Posts

Showing posts from August, 2020

INFO DARAH TINGGI

Image
Apakah penyakit tekanan darah tinggi? Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% populasi Malaysia mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan ( stress ) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini. Pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang gejala  (symptom)  khusus. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal. Penyakit tekanan dar...

POPULAR BULAN INI

POPULAR BULAN LEPAS



TETAMU